Tak ada tempat luahkan perasaan , di sini saja tempatnya =)
Tanggal 30/12/2011 tarikh keramat buat aku , di saat aku sedang sibuk sediakan diri untuk menduduki peperiksaan akhir tahun bagi semester 5, pada pukul 3.12 pagi aku dikejutkan dengan panggil telephone dari adik ketiga aku . " kak yong , abah dah tak ada " , aku jawab , " what ! jangan nak buat lawak pagi-pagi buta ini , cakap la betul-betul " . Then adik aku tinggikan suara dia , " hang ingat benda ini boleh buat main-main kaa !!!! " .
Aku menaggis sampai tak ingat dunia , seluruh penghuni blok boleh dengar suara raungan aku , aku tak boleh terima kenyataan ini , Ya Allah kuatkan hambamu ini , terus aku telephone cik abang dan beritahu keadaan sebenar , dengan nada yang lembut dan mengantuk beliau menjawab , " Innalillah , sabar sayang , ada hikmahnya semua yang terjadi ini , Allah SWT lebih sayangkan abah , sekarang pergi buat solat sunat dahulu dan berdoalah kepada-Nya " .
Selepas dengar nasihat daripada cik abang , aku kuatkan hati , tabahkan hati untuk balik ke perak . Semasa sampai di rumah , aku hanya dapat lihat sebujur mayat dibaringkan di ruang tamu , tak sanggup aku lihat , terus aku salam umi , mak sedara dan orang yang datang . Pihak masjid mahu kebumikan arwah abah pada pukul 10 pagi sebelum solat jumaat . Sepanjang waktu aku duduk disebelah abah untuk bukakan kain putih yang menutupi muka arwah abah untuk para sahabat abah tengok kali terakhir .
Aku terpaksa tangguh 1 paperiksaan kerana tak sempat hadir ke dewan peperiksaan . Sekarang aku redha dengan pemergiaan arwah abah tetapi yang paling aku terkilan ialah aku tak sempat mintak maaf pada abah , sedih sungguh hati ini , sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja tahu betapa rindunya aku untuk mendengar gelak ketawa arwah abah =(
Selepas seminggu pemergiaan arwah abah , aku terkejut dengar berita bahawa umi sedang sarat mengandung sekarang tengah tunggu masa kelahiran sahaja . Abah tak sempat lihat kelahiran adik bongsu aku Muhammad Nur Iman . Sekarang adik iman sudah berusia 2 bulan , aku bersyukur sangat , terima kasih Ya Allah , sekurang-kurangnya hilang jugak rindu umi dekat abah . Sudah hampir 3 bulan arwah abah tinggalkan kami sekeluarga .
Hiba hati ini bila teringat semua dugaan ini , Ya Allah , tabahkan hati keluarga aku , murahkan rezeki kami dan permudahkanlan semua urusan kami .
arwah abah cakap , " aku terpaksa jadi mat gambar bila anak dara aku balik rumah " i miss you abah ! |
kenangan terakhir raya tahun lepas , lokasi Hospital Raja Permaisuri Bainun , kami beraya di hospital |
yazid , cepat la sembuh =( |
adik iman kesayangan |
p/s : hargailah ibu bapa anda semasa mereka masih hidup ini , mintak maaf setiap hari pada mereka , ajal di tangan Allah SWT , manusia merancang tetapi kuasa Allah SWT tiada siapa boleh lawan .
tabah ye wada.....wada mesti kuat....
ReplyDeletemay allah always blessing your abah :') you must strong and tabah in no matter what k!! budak accounting kan memang kuat2!! :)
ReplyDelete