Friday, June 10, 2011

- Hijab beyond face value -



Salam Pagi Jumaat


Semua orang tahu bahawa pemakaian tudung bagi muslimah yang beragama islam adalah WAJIB , bagi keluarga aku , aku telah diajar untuk memakai tudung senjak tadika ketika berusia 5 tahun lagi . setiap hari sebelum pergi ke sekolah umi akan pakai aku tudung dan lipatkan .
Sekarang umur aku sudah 21 tahun , rasa begitu kekok kalau keluar rumah jika tidak memakai tudung a.k.a hijab . aku bersyukur sangat kerana aku telah dilatih dari kecik untuk memakai hijab . sekarang memang tiada perasan untuk “ free hair “ walaupun sedetik . =)

Tolongla , alasan  tersebut tidak munasabah untuk diterima pakai , cuba pikir la dahulu sebelum bercakap . aku tahu , aku pun bukannya betul sangat dalam bab-bab agama ini tapi aku cuma ulaskan pendapat .

Satu lagi isu yang selalu kita lihat pada remaja-remaja sekarang , sekejap pakai hijab sekejap buka hijab . apa sebenarnya motif korang pakai hijab , hanya mahu hormat majlis ? tunjuk bahawa anda gadis melayu terakhir ? untuk tunjuk keayuan ?
Bagi pendapat aku , kanak-kanak perempuan perlu dilatih dari kecil lagi untuk memakai hijab . tiada istilah “ biar la dulu , nanti sudah besar pandai la dia pakai tudung “ , “ dia tidak bersedia lagi untuk pakai tudung “ , “ lepas kawin baru la pakai tudung “ .
Ini nasihat aku untuk gadis yang mahu mula memakai hijab , kalau nak pakai hijab kenala tetapkan niat dihati kuatkan iman , tak manis la orang tengok sekejap pakai hijab sekejap tidak . pakai hijab akan menampakkan anda lebih cantik , lawa , menawan dan ayu kalau tak percaya tanya la lelaki muslim , kalau mereka nak mencari calon isteri , yang pertama mesti nak yang berhijab . =)
Lagipun , sekarang da banyak jenis hijab yang dijual seperti shawl duyung , ombak , pashmina etc . bagi aku , aku lebih selesa memakai tudung jenis Bawal , kain dan materialnya tidak panas dan fleksibel untuk pakai kemana-mana tetapi mesti korang cakap aku tak update dengan fesyen sekarang .  jika memakai shawl pergi dinner ataupun majlis yang besar akan lebih nampak anggun dan bergaya  , nak buat macam mana aku tidak selesa la kalau pakai shawl so aku tidak kisah apa yang orang nak cakap .
Aku cuma mahu memberi pendapat aku atas pemerhatian aku dengan keadaan sekarang . yang baik dan sempurna hanya datang dari Allah SWT dan segala kelemahan datang dari aku sebagai hamba-Nya . aku minta maaf jika post aku kali ini telah menguris perasaan sesiapa , betul aku tiada niat untuk berbuat demikian .


- FIN -
=)